Keusahawanan

2023 : KEUSAHAWANAN

AZURA
Nama : AZURA BINTI ARSHAD
Umur : 38 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

 Puan Azura merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan juga merupakan usahawan perniagaan kuih muih tradisional dan pencuci mulut. Puan Azura hanya mengambil tempahan di sekitar kawasan kampung sahaja. Tidak lama kemudian, Puan Azura cuba untuk mengembangkan lagi perniagaannya melalui vendor-vendor makanan di sekitar pekan Kuala Nerang. Puan Azura cuba untuk menjual kuih muih trasional dan juga pencuci mulut di vendor tersebut dan cuba mempromosikan jualannya di facebook bagi mendapatkan lebih banyak lagi tempahan. Antara kuih tradisional yang disediakan oleh Puan Azura ialah tepung pelita, cara berlauk, apom mekar, donut dan pelbagai lagi  dan pencuci mulut yang dihasilkan ialah roti bun, kek, cocktail dan marshmellow coklat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum menghadiri latihan bersama PEDi, Puan Azura hanya mengambil tempahan di sekitar kawasan kampung dan mempunyai pendapatan RM150 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Puan Azura banyak mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Kursus Pengendalian Makanan dimana amat penting untuknya kerana menjalankan perniagaan makanan. Disamping itu, Puan Azura sering mengunakan perkhidmatan di PEDi untuk beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau. Puan Azura pernah mengikuti kelas masakan online di PEDi. Petugas juga membantu Puan Azura untuk mempromosikan jualan kuih dengan menggunakan medium facebook Puan Azura sendiri.

Setelah itu, Puan Azura banyak menerima tempahan kuih dan pencuci mulut untuk majlis-majlis keraian. Puan Azura juga sering mengikut serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi seperti Pertandingan Garam Belacan dan Pertandingan Sarapan Pagi dimana akan menonjolkan lagi bakat serta perniagaan Puan Azura kepada komuniti setempat.