| Nama | : Muhammad Saif Al Islam bi Mohd Suhaimy |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Latar belakang:
Muhammd Saif merupakan seorang pelajar yang sering datang ke PEDi sejak PEDi ditubuhkan. Muhammad Saif mengetahui bahawa staff di PEDi ada mengadakan kelas-kelas komputer untuk dipelajari. Muhammad Saif amat meminati untuk mengikuti kelas-kelas yang dijalankan. Antara kelas yang pernah diikuti oleh Muhammad Saif ialah kelas Asas Pengenalan Komputer, kelas Microsoft Word, kelas latihan atas talian seperti Kahoot, Quizziz, Typing Practice, MathBoys, TypeTastic dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas yang diajar oleh staff PEDi, Muhammad Saif merupakan seorang yang pendiam dan tidak mahu mencuba sesuatu benda baru. Apabila staff PEDi cuba untuk mengajak Muhammad Saif untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan,Muhammad Saif merupakan seorang pelajar yang cekap menggunakan papan kekunci dan mengetahui komponen-komponen komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kelas yang telah dijalankan, Muhammad Saif kini sudah pandai untuk mencari maklumat di dalam internet, pandai menaip menggunakan papan kekunci dengan cara yang betul dan sering mengikuti kelas yang diadakan.
