mcmc
Kisah Kejayaan

2022: KEUSAHAWANAN

313414230 422770216731828 268137054176737748 n

USAHAWAN AISKRIM MALAYSIA

Nama : FATIN NADIA BT AHMAD
Umur : 31 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Fatin Nadia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dimana beliau mengambilkeputusan untuk menjalankan perniagaan Aiskrim Malaysia ini bagi membantu menambah pendapatan keluarga beliau.Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2021 secara kecil-kecilan di sekitarkawasan perumahan sahaja memandangkan negara kita sedang terlibat dengan Covid-19 pada ketika itu. Beliau merasakan bahawa perniagaan ini tidak menggunakan modal yang tinggi tetapi dengan hanya perlu mempromosikan menggunakan social media sahaja sudah mampu mengembangkan perniagaan beliau. Bagi mempromosikan perniagaan Aiskrim Malaysia tersebut, beliau banyak menggunakan platform Facebook dan juga Whatsapp. Sebarang tempahan juga boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Antara kelas yang beliau hadiri ialah kelas Kursus Latihan Pengendali Makanan yang membolehkan beliau mendapat sijil yang diperlukan bagi peniaga makanan. Beliau juga turut mengikuti kelas membuat iklan di facebook sebagai memudahkan beliaumempromosi dan juga menerima tempahan. Setelah mempromosikan produk beliau mendapat pelbagai tempahan untuk majlis keraian. Selain itu, beliau juga turut berminat dalam kelas-kelas usahawan yang dianjurkan seperti kelas asas Shopee, kelas masakan Durian Crepe dan juga Program Santai bersama Tupperware Brand dimana boleh membantu beliau mendapatkan pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri latihan bersama PEDi, Fatin Nadia hanya menjalankan perniagaan tersebut di sekitar kawasan perumahannya sahaja dan target  market perniagaannya hanyalah kenalan di Whatsapps dan jiran sahaja. Beliau berusaha mencari ilmu untuk mengembangkan lagi pasaran perniagaan tersebut

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas keusahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi seperti kelas Facebook dan juga Kursus Latihan Pengendali Makanan beliau telah menerima banyak tempahan dalam pelbagai majlis. Selain itu juga, beliau juga dapat mempromosikan produknya semasa berlangsungnya Hari Bersama Komuniti Pedi Kg Labi Tualak yang lalu dan turut menerima tempahan selepas itu.

 

 

USAHAWAN KUIH TRADISIONAL PENERAM

Nama : SITI ROHAYA BT ABU BAKAR
Umur : 29 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Siti Rohaya merupakan seorang guru di PASTI Al Khautsar Kg Labi Tualak. Beliaumemulakan perniagaan Kuih Peneram ini sejak Oktober 2020 setelah mendapat resepi daripada ibunya. Dengan bermodalkan RM15.00 pada peringkat permulaan perniagaan sebagai tempoh percubaan, Siti Rohaya tetap mencuba untuk menjual Kuih Peneram tersebut sehingga mendapat tempahan daripada rakan-rakan.Beliau turut hadiri ialah Kursus Latihan Pengendali Makanan yang membolehkan beliau mendapat sijil yang diperlukan bagi peniaga makanan. Disamping itu, beliau juga turut mengikuti Kelas Asas Shopee – Akaun Seller dimana beliau berhasrat untuk
menjual Kuih Peneram tersebut di Shopee tetapi beliau banyak mendapat tempahan melalui Whatsapps dan juga Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri latihan bersama PEDi, Siti Rohaya hanya menjual kuih peneram tersebut kepada jiran-jiranya sahaja. Beliau berhasrat untuk menambah jumlah jualan tersebut memandang kuih peneram ini mendapat sambutan didalam pelbagai majlis. Oleh itu, Siti Rohaya amat berharap bahawa perniagaan Kuih Peneram ini mendapat sambutan orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya PEDi, Siti Rohaya telah mengambil Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan dimana sijil ini amat penting buat peniaga makanan. Siti Rohaya juga mengikuti Kelas Asas Shopee – Akaun Seller yang diadakan oleh pihak PEDi dimana untuk mengajar usahawan-usahawan untuk mengunakan aplikasi Shopee sebagai salah satu platform perniagaan disamping menjual di Facebook dan juga Whatsapps.

318441243 5758246767573953 8215255424924824606 n