Kisah Kejayaan

Q1 2022: CELIK IT – NUR IMANI SALIHAH

278611963 127516999872613 3657556888834408646 n

BELAJAR INTERNET, MENAIP

Nama : NUR IMANI SALIHAH BT MOHD SIDIK
Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Imani merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang. Imani banyak mengikuti kelas Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang diadakan secara atas talian disebabkan oleh sistem pengiliran yang dilakukan oleh pihak sekolah. Imani ingin belajar cara mengunakan komputer serta internet bagi memudahkan mengikuti kelas Google Meet yang dijalankan serta latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, Imanisering mengunjungi PEDi untuk mengikuti kelas komputer yang diadakan. Kelas Asas Komputer (Pengenalan Komputer dan Cara Menaip) adalah kelas yang disertai oleh Imani. Imani telah diajar berkaitan bahagian-bahagian komputer dan juga cara menaip yang betul. Imani dibimbing oleh petugas untuk menaip mengikut format yang betul. Selain itu, Imani juga diajar mengunakan Microsoft Word bagi memudahkan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kelak. Imani juga diajar berkaitan fungsi dan penggunaan bagi setiap ikon yang terdapat didalam Microsoft Word tersebut. Sebagai contoh, Imani diajar bagaimana mahu menukar font tulisan dan saiz tulisan, memasukkan gambar, membuat table dan memilih layout yang mahu digunakan. Seterusnya, Imani juga diajar memahirkan lagi penggunaan papan kekunci (keyboard)dengan berlatih menaip di dalam Microsoft Word dan juga Typing Practice dilaman web https://www.keybr.com/. Petugas PEDi juga membantu Imani dalam menggunakan aplikasi Google Chrome bagi mengikuti kelas PdPR yang dijalankan melalui Google Meet. Beliau diajar mengenai ruang chat, menutup dan membuka kamera dan bahagian suara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer (Pengenalan Komputer dan Cara Menaip), Imani tidak mengetahui cara menaip dengan betul dan tidak tahu format penulisan yang digunakan didalam Microsoft Word. Beliau juga susah untuk mengikuti kelas PdPR yang dijalan secara atas talian oleh gurunya. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI 

Selepas mengikuti Kelas Asas Komputer (Pengenalan Komputer dan Cara Menaip), Imani telah mahir dalam penggunaan komputer dan juga menaip di dalam Microsoft Word. Penggunaan Microsoft Word ini penting kepada semua pelajar kerana Microsoft Word ini sering digunakan bagi menyiapakan tugasan yang akan diberikan pada masa akan datang. Selain itu, Imani juga didedahkan dengan penggunaan Google Meet untuk kegunaan PdPR masa hadapan