mcmc
Komuniti

Jawatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)

Peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Labi Tualak adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Labi Tualak telah diketuai oleh Encik Ayub yang bertindak sebagai Pengerusi JPKK .  Antara matlamat penubuhan JPKK Kampung Labi Tualak ialah mengubah kampung tradisi kepada mewujudkan kampung yang maju, menarik dan membangun. 

Selain berusaha memajukan kampung, JPKK juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan seperti  sambutan bulan kemerdekaan sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).