Kemudahan awam merupakan satu bentuk kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya), prasarana.
Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Labi Tualak boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti Pondok Polis, gelanggang futsal, jalanraya berturap, tanah perkuburan islam dan masjid turut terdapat di Kampung Labi Tualak.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti klinik desa, institusi pendidikan (Sekolah Kebangsaan,Tabika KEMAS & PASTI )dan lain-lain.
Masjid Al-Halimi Kg Labi Tualak

Tabika KEMAS Kg Labi Tualak

Pondok Polis Kg Labi Tualak

Sekolah Kebangsaan Tualak
