Kampung Labi merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Padang Terap di nama mukimnya adalah Tualak@Tolak. Jarak Kampung Labi ke Pekan Kuala Nerang adalah 10 KM. Keluasan mukim Tualak adalah 8,505.42 hektar. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Labi terletak di kawasan Masjid Al-Halimi Kampung Labi (koordinat 6.3195917,100.5876733). Kampung Labi ini terletak di daerah Padang Terap (Parlimen Padang Terap P007) dan berada di Dun Kuala Nerang (N07).
|
Parlimen |
P 007 |
|
Ahli Parlimen |
YB Tuan Nurul Amin Bin Hamid Sumber dari www.parlimen.gov.my |
|
Dun |
N 07 |
|
Ahli Dewan Undangan Negeri |
YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria Sumber dari www.kedah.gov.my |
|
Pegawai Daerah Padang Terap |
Encik Azmin bin Zainol Abidin Sumber dari Webpdt.kedah.gov.my |
Di Mukim Tualak ini mempunyai 3 kariah iaitu Kariah Bendang Raja, Kariah Kg Labi dan Kariah Kampung Baru. Populasi penduduk di mukim tualak ini berjumlah 1500 orang dimana 40 % lelaki dan 60 % perempuan. Majoriti kaum di Kampung Labi dan sekitar mukim Tualak adalah melayu. Pekerjaan utama penduduk adalah pekebun kecil dan petani. Seramai 600 orang penduduk dan 300 buah rumah di kariah Kampung Labi.
Mukim Tualak ini juga dilengkapi dengan kemudahan asas. Salah satunya adalah Sekolah Kebangsaan Tualak, Tabika KEMAS, PASTI, Pondok Polis, Klinik Kesihatan Desa, Litar Motorcross dan Hutan Lipur Puncak Janing. Kemudahan jalan raya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.