| Tarikh | 26 November 2025 |
| Masa | 9.00 Pagi – 4.00 Petang |
| Tempat | NADI Kg Labi Tualak |
Tujuan:
Tujuan Program Hari Bersama Komuniti NADI dianjurkan bagi mempromosikan peranan dan kepentingan NADI sebagai pusat sokongan komuniti dalam aspek kesihatan, sosial dan kesejahteraan. Program ini bertujuan memaklumkan kepada masyarakat mengenai pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan di NADI, di samping menyampaikan inisiatif-inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Selain itu, program ini turut menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat melalui aktiviti ilmiah,kelas-kelas mahir serta program pembangunan diri yang disediakan. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan penglibatan penduduk dan memastikan mereka memanfaatkan sepenuhnya semua kemudahan serta peluang yang ditawarkan oleh NADI.
Aktiviti yang dilakukan: Taklimat mengenai Kempen internet selamat dari NADI, taklimat dari pejabat penerangan, pertandingan bercerita pelajar tahun 6 SK Tualak, pertanding mewarna tabika KEMAS dan PASTI, sukaneka, pertandingan masakkan aneka kerabu, gubahan bunga orked serta pameran dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang hadir