HUTAN LIPUR PUNCAK JANING
HUTAN LIPUR PUNCAK JANING merupakan kawasan perlancongan kedua terpenting di Daerah Padang Terap selepas Tasik Pedu. Kawasan ini sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung kesini. Selain itu, lokasinya yang berhampiran dengan Bandar Kuala Nerang merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung kesini. Lokasinya hanya kira-kira 11 kilometer sahaja dari Kuala Nerang. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah, dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam.
Juga disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit, laluan motorsikal lasak dan laluan kereta lasak. Disini juga pernah dianjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya, perlumbaan motorsikal lasak, klinik 4×4, 4×4 Royal Kedah Challenge, Sukma dan sebagainya lagi. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan semula jadi yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi. Oleh itu, ia bersusuaian dengan pencinta alam yang ingin mencari khazanah alam dan kedamaian disini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini.
TASIK PEDU

Merupakan kawasan tasik buatan bagi menampung penjanaan tenaga elektrik hidro. Tasik ini juga merupakan geoekonomi utama bagi daerah Padang Terap dan negeri Kedah. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Tasik ini terletak kira-kira 115 kilometer daripada susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan Alor Star/ Utara atau kira-kira 40 kilometer dari pekan Kuala Nerang. Kawasan yang jauh dari kesibukan bandar dimana bersesuaian dengan pengunjung yang ingin mencari kedamaian dan ingin menenangkan diri dari kesibukan tugasan seharian.
Juga kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan air tawar disini. Sejajar dengan itu, terdapat pelbagai kemudahan disediakan disini. Antaranya ialah, kemudahan penginapan di Holiday Inn Pedu Lake Resort, kawasan perkhemahan, bot sewa bagi kaki pancing dan sebagainya lagi.
AGRO FARM SEMELIANG

Semeliang Agro Farm Resort adalah pilihan utama bagi aktiviti riadah. Diusahakan oleh En Nor Azhar Bin Mohd Noor.Lokasi nya adalah Kampung Semeliang, Kuala Nerang. Memfokuskan kepada 3 kompenen iaitu ternakan rusa, agro perlancongan dan produk berasaskan rusa. Pelbagai kemudahan disediakan seperti penginapan chalet, tinjauan rusa dan binatang eksotik, cenderahati kraftangan, tempat BBQ,cerapan bintang dan lain-lain.
PUSAT LATIHAN KHIDMAT NEGARA , DUSUN RESORT
Salah satu tempat untuk diadakan kem motivasi pelajar di daerah Padng Terap. Ianya juga merupakan salah sebuah pusat latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara. Kawasan ini adalah tempat yang paling sesuai diadakan sebarang kem kerana inisiatifnya yang pelbagai. Diantara inisiatif yang disediakan adalah seperti tapak perkemahan, tasik buatan untuk berkayak, laluan lasak, chalet dan sebagainya lagi. Selain itu, persekitarannya seolah berada di kebun buah-buahan akan menggamit memori kepada sesiapa sahaja yang datang kesini.