mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM OUTREACH NADI KG LABI TUALAK

Tarikh14 April 2026
Masa9 .00 Pagi – 1.00 Petang
TempatNADI Kg Labi Tualak

Tujuan:

Tujuan penganjuran program Jualan Rahmah MADANI, Kaunter KWSP & Kaunter SPR adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan asas pada harga berpatutan, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara terus dan cepat seperti urusan simpanan serta caruman melalui Kaunter KWSP, dan semakan serta pendaftaran berkaitan pilihan raya melalui Kaunter SPR. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif kerajaan, menggalakkan penyertaan rakyat dalam urusan rasmi, serta merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat melalui pendekatan yang lebih mesra rakyat.

Aktiviti yang dilakukan: Jualan Rahmah, saringan kesihatan dan pembukaan kaunter kwsp serta spr.

Gambar disini