| Nama | : MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF BIN OTMAN |
| Umur | : 10 tahun |
| Ahli | : 2022 |
Amirul Ashraff merupakan seorang pelajar yang tidak mengenali computer sebelum ini. Setelah wujudnya PEDi Kg Labi Tualak, Amirul sering datang ke PEDi pada hari cuti sekolah untuk mengikuti kelas komputer yang dijalankan. Amirul telah mengikuti beberapa siri kelas komputer yang dijalankan antaranya ialah pengenalan komputer dan cara menaip dengan betul. Amirul telah diajar berkaitan bahagian-bahagian komputer dan turut dibimbing oleh petugas untuk menaip mengikut format yang betul. Amirul juga diajar memahirkan lagi penggunaan papan kekunci (keyboard) dengan berlatih menaip di dalam Microsoft Word dan juga Typing Practice dilaman web https://www.keybr.com/. Seterusnya bagi memupuk minat Amirul dalam penggunaan komputer, petugas PEDi juga menggunakan beberapa aplikasi didalam komputer untuk menarik minat Amirul untuk teruskan pembelajaran berkaitan komputer. Antara aplikasi yang digunakan ialah melalui laman web https://www.abcya.com/ . Amirul telah belajar berkaitan kemahiran menaip (key & carrot) dan quiz matematik (clear it additional).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer (Pengenalan Komputer dan Cara Menaip), Amirul tidak terdedah dengan penggunaan komputer. Jadi Amirul tidak tahu fungsi penggunaan komputer secara menyeluruh. Setelah diberi penerangan oleh petugas PEDiberkaitan penggunaan computer, Amirul kini sudah belajar berkaitan computer sedikit demi sedikit melalui kelas-kelas yang dijalankan di PEDi Kg Labi Tualak.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kelas yang telah dijalankan, Amirul kini sudah pandai menggunakan papan kekunci, menaip di dalam Microsoft Word dan Google Chrome dan juga sudah mengenali perkakasan di dalam komputer.
