Kisah Kejayaan

Q3 2022 : CELIK IT – HUMAIRAH

300386281 157440770213569 5743936909111640502 n

 

Nama : HUMAIRAH BT KARIM
Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang:

Nur Humairah merupakan seorang pelajar sekolah rendah di SK Padang Terap. Setiap hujung minggu Nur Humairah akan datang ke PEDi Kg Labi Tualak untuk menggunakanperkhidmatan yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dijalankan, Nur Humairah datang ke PEDi menggunakan komputer untuk menonton Youtube sahaja. Tetapi apabila didedahkan
berkenaan kepelbagai kegunaan komputer, Nur Humairah kini sudah mengetahui bahawa computer boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. Oleh itu, apabila petugas PEDi membuat kelas ICT, Nur Humaira pasti akan mengambil peluang untuk menyertainya.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Nur Humairah juga selalu mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi Kg Labi Tualak. NurHumairaj juga sudah pandai menaip menggunakan keyboard apabila sering membuat latihan di Typing Practice dilaman web https://www.keybr.com/. Antara aktiviti yang disertai oleh Nur Humairah ialah Puzzle Online, Kahoot, Quiziz dan juga kelas asas Microsoft Word. Selain itu, pada cuti sekolah yang lalu Nur Humairah menggunakan PEDi untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah yang telah diberikan oleh gurunya. Dari situ petugas dapat melihat bahawa Nur Humairah telah berjaya menyiapkan kerja kursus tersebut dengan bantuan daripada petugas PEDi. Nur Humairah juga di ajar untuk muat turun gambar- gambar yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut.