mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 CELIK IT – MUHAMMAD HARRAZ HAIKAL

WhatsApp Image 2023-02-04 at 11.58.05
Nama : MUHAMMAD HARRAZ HAIKAL BIN MUD MAZRAN
Umur : 16 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang:


Muhammad Harraz Haikal merupakan seorang pelajar Tingkatan 4 di SMK Kuala Nerang dan merupakan komuniti di kawasan sekitar PEDi Kg Labi Tualak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Harraz Haikal datang ke PEDi setelah mengetahui bahawa PEDi dapat membantunyauntuk menyiapkan satu tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka. Oleh itu Harraz datang bersama-sama rakannya untuk belajar menggunakan computer terutamanya Microsoft Word. Sebelum ini Harraz tidak mahir menggunakan computer, maka petugas PEDi membantu engajar beliau menggunakan Microsoft Word dari awal.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah beberapa kali mengunjungi PEDi, Harraz telah mahir menggunakan Microsoft Word malah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Harraz juga telah explore tools yang terdapat di dalam Microsoft tersebut dan telah mengaplikasikan di dalam tugasan tersebut. Selain itu, bagi menyiapkan tugasan tersebut memerlukan Harraz untuk menyediakan satu poster berkaitan tugasan tersebut. Harraz juga diajar untuk menggunakan aplikasi CANVA (https://www.canva.com/) untuk menyiapkan poster tersebut. Harraz juga diajar bagaimana untuk remove background menggunakan https://www.remove.bg/upload. Harraz telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan kemahiran menaip juga semakin baik.