| Tarikh | 6 Jun 2026 |
| Masa | 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
| Tempat | NADI Kg Labi Tualak |
Tujuan program Program KidsVenture Webinar Operasi Perniagaan dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang asas pengurusan dan operasi sesebuah perniagaan. Melalui program ini, peserta dapat memahami proses menjalankan perniagaan seperti pengurusan produk, perkhidmatan pelanggan, pemasaran, pengurusan kewangan serta kepentingan perancangan yang sistematik dalam memastikan sesebuah perniagaan dapat beroperasi dengan baik.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memupuk minat keusahawanan, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan semangat kepimpinan dalam kalangan peserta sejak usia muda. Pendedahan ini diharapkan dapat membantu mereka membina keyakinan diri, mengembangkan pemikiran inovatif serta menyediakan asas pengetahuan yang berguna untuk menjadi usahawan berjaya pada masa hadapa
Aktiviti yang dilakukan: Pembelajaran dalam talian dan cara selesaikan tugasan yang diberi.
